jump to navigation

live CCTV dalam internet June 19, 2008

Posted by airilines in Uncategorized.
add a comment

Hari ini aku macam biasa, duduk meniarap di depan komputer yang hitam ini. Memang tiada apa yang dikerjakan, mencari dan terus mencari dengan harapan aku dapat belajar sesuatu yang baru lagi menikam qalbu. Mulanya aku tengok power supply aku yang dah meletup hari tu. Aku lupa nak check boleh pakai ke tidak,jadi pergilah aku ini mencari skimatik litar power supply. Dari schematic ia melarat ke abalon kemudian ke …. sampai ke litar cctv dan terus aku jumpa live cctv (Sebenarnya aku tengok youtube saje).Perjalanannya begitu jauh.

Dia punya tajuk yang diperhiperbolakan adalah “How to Hack cctv”.Biasanya tak ada sorang pun dalam dunia ni, hacker yang nak tunjuk skill dekat youtbe melainkan hacker ni dangkal fikirannya.Bila aku tengok kat video tu dia cari kat google dengan guna perkataan “inurl:/view.shtml”. Jadi aku cuba lah. Semua Url yang aku dapat semua boleh pakai.Apa yang menariknya, cctv tu dapat dikawal, semuanya boleh. nak ke kiri kanan,atas bawah, zoom in atau zoom out, nak kawal iris pun boleh.Ianya memang Live. Tapi aku perasan jugak ada konflik masa nak kawal cctv tu.aku tekan kekiri kadang- kadang ia ke kanan. “You are not alone”

Ni gambar contoh dekat gym dalam satu kampus dekat US.

Tetapi aku masih tidak berapa pasti samada benda ni legal atau tidak. Sebenarnya aku tak suka buat benda jahat ni.Menurut hemat aku, benda ni legal sebab kenapa senang- senang saje boleh cari dalam goggle.Biasanya banyak yang cuba untuk test video server mereka.Dan sesetengah tu ada password admin.Jadi viewer lain masih ada batasan tertentu dalam kawalan cctv.Lagipun aku tak rasa macam hacking pun, tak macam apa yang dihiperbolakan. Mana ada hacking senang macam tu.Apapun, aku nak minta sesiapa yang membaca coretan aku yang ringkas ini untuk cuba-cuba lah dan beri pendapat yang bernas lagi mencabar minda.Legal ke tak legal?

Advertisements