jump to navigation

Sekukuh manakah pendirian ku! March 14, 2008

Posted by airilines in Inkuiri.
add a comment

Pernahkah anda mengalami situasi seperti dibawah?:

“Anda berjalan melalui suatu jalan yang agak sempit tetapi dua hala.Tiba-tiba anda bertembung dengan seorang manusia yang lain yang anda tak kenali dan berjalan dari arah yang bertentangan.Apabila anda betul-betul berada di depan orang tersebut,Apakah reaksi anda?.”

fingerwalking.jpg

Daripada pengalaman saya sendiri, ada dua reaksi yang biasa

(more…)

Advertisements

“Dah Tengahari Nak Makan Malam” February 27, 2008

Posted by airilines in Inkuiri.
2 comments

Buletin Utama-26 Februari 2008

“BN hari ini tambah satu lagi kerusi parlimen”

Kerusi yang dimaksudkan dalam berita pada tarikh tersebut merujuk kepada parlimen Igan di sarawak dimana calon bebas,Junak Jawik
telah pun menarik diri dari bertanding setelah menghantar pencalonan pada 24 Februari lalu sekaligus memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Datuk Wahab Dolah.

Apa yang mahu diwacanakan disini,bukanlah untuk membangkang tetapi memberi sokongan kepada yang benar dan ingin memperbetulkan yang salah.Jika anda melihat sendiri slot buletin utama pada hari tersebut tentu anda merasakan ketidaklogikan berlaku dalam pernyataan yang diberikan.

Mana mungkin seorang pengangur rumah panjang di Igan Sarawak sanggup rugi wang ringgit sebanyak RM10000 semata-mata untuk menjadi calon selama 2 hari sahaja,Setelah itu megumumkan penarikan pada hari berikutnya. Cuba cari seorang manusia dalam dunia ini ingin kerugian RM10000 begitu sahaja.”Kalu dah nak tarik diri buat ape jadi calon,buat ape nak rugi,dah la tak bekerja buat ape buang duit,baik pegi beli SLR Camera”. Apa yang menarik lagi lagi,Buletin Utama mengatakan keputusan yang dibuat oleh Junak Jawik itu bukan kerana di desak oleh sesiapa. Malah dia yakin yang dia tidak dapat menang dan ingin melihat kemajuan di Igan terus berlaku.

Jika difikirkan secara teliti tanpa ada kecenderungan terhadap mana-mana parti,adakah calon terbabit mendapatkan lebih dari RM10000 setelah melepaskan kebarangkalian untuk menjadi ahli parlimen di Igan?Mungkin jauh,mungkin dekat di hati anda, berjerit YA!. “Sudah terang lagi berspotlight” atau “Dah Tengahari Nak Makan Malam” itulah yang dapat mengambarkan situasi ini dengan jelas dan bertenaga.

Terdapat satu teori yang sentiasa belegar-legar di fikiran mana-mana manusia yang ingin berfikir, Adakah wujudnya satu organisasi yang ingin memberi jalan mudah kepada calon tersebut? saya selalu mengatakan mungkin inilah “THE COMPANY”